Tuesday, May 19, 2009

Perniagaan Mengunakan ebay


Perniagaan online berasaskan internet khususnya eBay adalah sangat popular ketika ini.
eBay telah memperkenalkan satu sistem penjualan produk secara lelongan di dalam internet.
Konsep pembelian produk melalui bidaan yang mana paling tinggi harganya selepas tamat
lelongan adalah dikira sebagai pemenang. Di negara Malaysia, eBay telah diperkenalkan
pada Disember 2004. Bagi anda yang baru di dalam dunia perniagaan internet dan
bercadang untuk memasarkan produk, saya sarankan kepada anda eBay adalah permulaan
terbaik untuk anda memasarkan produk.


Menjual produk di eBay adalah sangat mudah, tidak perlu menyediakan website perniagaan anda sendiri bagi tujuan pemasaran. Cukup sekadar anda meletakkan produk anda di eBay dan menunggunya beberapa hari yang anda tetapkan sendiri sebelum anda mendapatkan pulangan pendapatan anda selepas tamat lelongan. Bagi negara Malaysia, eBay masih lagi percuma, tiada yuran dikenakan bagi setiap penyenaraian produk daripada anda. Sekali lagi ini adalah peluang terbesar anda untuk memahirkan diri anda di dalam perniagaan eBay ini
sebelum anda mengorak langkah kepada eBay berbayar yang sangat popular seperti eBay US dan UK.

Selain daripada menjual produk, eBay juga memberikan peluang kepada anda untuk membeli produk yang anda inginkan mengikut harga lelongan. Di eBay bermacam-macam produk kegemaran anda boleh dapati. Bagi mereka yang ingin menambahkan pendapatan sampingan, peluang untuk membeli produk hangat di eBay dan menjualkannya semula dengan harga yang tinggi adalah satu idea perniagaan yang bijak.

Jika rakan-rakan berminat, anda boleh klik

http://www.mediafire.com/?3vgy0ditq4n


Selamat membaca

No comments:

Post a Comment